Video: Jet pejuang terhempas, Juruterbang nyaris maut..
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/07/video-jet-pejuang-terhempas-juruterbang.html[/postlink]
CALGARY - Seorang juruterbang tentera udara Kanada, Kapten Brian Bews nyaris maut apabila sempat melonjak keluar sebelum jet Hornet F-18 dipandunya terhempas pada sesi latihan sempena pesta udara di Lethbridge, Alberta, dekat sini kelmarin.
Saksi-saksi berkata, ketika demonstrasi itu, mereka melihat pesawat tersebut hilang kawalan dan menjunam laju ketika cuba terbang rendah namun, mujur juruterbang berjaya keluar dengan kerusi anjal hanya kira-kira 30 meter dari tanah.
Dalam pada itu, dua juruterbang tentera udara India maut setelah sebuah jet MIG-27 yang dipandu mereka terhempas di perkampungan Moinaguri, daerah Jalpaiguri, di negeri Bengal Barat semalam, kata jurucakap markas tentera di Kolkata.
Punca sebenar nahas itu masih lagi disiasat dan kemalangan tersebut turut menyebabkan 12 penduduk awam di kampung berkenaan termasuk empat kanak-kanak cedera. - Agensi
Video menunjukkan saat-saat akhir juruterbang sempat melonjak keluar setelah jet Hornet F-18 terjunam ketika latihan di Lethbridge, kelmarin
CALGARY - Seorang juruterbang tentera udara Kanada, Kapten Brian Bews nyaris maut apabila sempat melonjak keluar sebelum jet Hornet F-18 dipandunya terhempas pada sesi latihan sempena pesta udara di Lethbridge, Alberta, dekat sini kelmarin.
Saksi-saksi berkata, ketika demonstrasi itu, mereka melihat pesawat tersebut hilang kawalan dan menjunam laju ketika cuba terbang rendah namun, mujur juruterbang berjaya keluar dengan kerusi anjal hanya kira-kira 30 meter dari tanah.
Dalam pada itu, dua juruterbang tentera udara India maut setelah sebuah jet MIG-27 yang dipandu mereka terhempas di perkampungan Moinaguri, daerah Jalpaiguri, di negeri Bengal Barat semalam, kata jurucakap markas tentera di Kolkata.
Punca sebenar nahas itu masih lagi disiasat dan kemalangan tersebut turut menyebabkan 12 penduduk awam di kampung berkenaan termasuk empat kanak-kanak cedera. - Agensi
0 comments:
Post a Comment