Jenazah mangsa letupan selamat dikebumi, bapa serah diri
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/08/jenazah-mangsa-letupan-selamat-dikebumi.html[/postlink]Jenazah kanak-kanak malang Khairul Arif Ayub, 6, yang menjadi mangsa kejadian letupan mercun di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga semalam selamat dikebumikan di Kuala Terengganu selepas Asar tadi.
Jenazah yang diiringi oleh ibunya Kamariah Sufian, 25 dibawa dari bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dikebumikan kira-kira pukul 4.35 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama, Chabang Tiga dengan dihadiri lebih 100 orang kaum keluarga, orang ramai serta anggota polis.
Turut kelihatan berada di tanah perkuburan itu adalah ayah mangsa Ayub Abdul Rahman, 28 tahun yang sejak dari awal berada di tanah perkuburan tersebut untuk menggali sendiri liang lahad untuk anak tunggalnya itu.
Suasana hiba menyelebungi tanah perkuburan sebaik jenazah dibawa keluar dari kenderaaan jenazah HSNZ apabila ibu mangsa hampir pitam beberapa kali sehingga terpaksa dipapah dan ditenteramkan oleh suami dan saudara maranya.
Kamariah yang memakai baju labuh berwarna kemerahan dan berseluar jeans kelihatan lemah longlai dan tidak henti-henti menangis sehingga terpaksa dipujuk oleh anggota keluarga.
Keadaan itu turut menyebabkan orang ramai dan saudara mara yang hadir pada pengkebumian jenazah murid Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin itu sedih dan mengalirkan air mata.
Sebaik sahaja selesai pengkebumian, polis kelihatan mengiringi Ayub ke kenderaan polis untuk dibawa ke Balai Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Sementara itu, datuk mangsa Abdul Rahman Long, 60-an berkata dalam kejadian semalam, beliau begitu terkejut apabila dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang cucunya itu meninggal dunia di atas pokok.
"Semasa itu saya baru balik dari kedai apabila dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Arif. Saya bergegas ke tempat berkenaan dan tergamam apabila melihat dia benar-benar tersangkut di atas pokok.
"Saya cuba menurunkan mayatnya dengan memanjat sendiri pokok itu tetapi saya tidak larat dan hanya mampu naik separuh jalan sahaja," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui Bernama di rumahnya di Seberang Baruh di Kuala Terengganu.
Katanya, dua anaknya kemudian menyambung usaha untuk menurunkan mayat Khairul Arif dan beliau menyambutnya dari bawah dengan perasaan sedih dan hiba apabila melihat kecederaan parah yang dialami oleh cucunya itu terutama di bahagian kepala.
Beliau juga tidak menyangka kata-kata Khairul Arif bahawa dia ingin mati meninggalkan ibu dan ayahnya semasa menziarahi seorang anggota keluarganya yang
meninggal dunia di Hulu Terengganu pada hari ketiga puasa menjadi kenyataan.
"Dia beria-ia nak mengikut saya menziarah seorang waris meninggal. Ketika menyediakan juadah untuk kenduri tahlil, Arif ada memberitahu saya sedapnya kuih untuk orang mati, kalau macam ni Arif pun nak mati juga, tinggallah ma dan papa dua orang," katanya.
Beliau menyifatkan Khairul Arif seorang cucu yang manja, periang dan cepat mesra dengan orang.
Bapa kanak-kanak mangsa letupan di KT serah diri
Bapa kepada kanak-kanak yang terkorban akibat kejadian letupan di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga di Kuala Terengganu semalam, menyerah diri kepada polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Samsuddin berkata Ayub Abd Rahman, 28, menyerah diri di tempat kejadian kira-kira pukul 12.55 tengahari.
"Dia menyerah diri atas nasihat polis dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung," katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas melawat dua lelaki yang parah akibat kejadian itu.
Zamri berkata bagaimanapun, polis memberi peluang kepada lelaki tersebut untuk menguruskan pengkebumian jenazah anaknya yang masih belum dituntut di hospital itu.
Sejam setengah sebelum itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan membuat sidang media khas bagi memaklumkan tentang usaha polis untuk mengesan bapa Khairul Arif Ayob, 6, yang maut dalam kejadian semalam.
Katanya, ia bagi membantu siasatan polis selain urusan menuntut jenazah anaknya di HSNZ di Kuala Terengganu.
"Sebaik kejadian itu berlaku semalam, suspek dan isterinya Kamariah Sufian, 25, telah menghilangkan diri. Polis telah pergi ke rumahnya, namun gagal menemuinya," kata beliau.
Mohd Shukri berkata bapa kanak-kanak itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 pada tahun lepas atas kesalahan penjualan mercun.
Mengulas mengenai kejadian semalam, Mohd Shukri berkata siasatan awal mendapati ledakan kuat sehingga merosakkan beberapa rumah di kawasan itu berpunca daripada letupan himpunan mercun yang banyak.
Malah katanya, selepas kejadian itu polis menemui 15 kotak lagi mercun pelbagai jenis di bahagian lain di rumah berkenaan.
"Daripada jumlah itu hanya dua jenis mercun yang dibenarkan iaitu jenis 'happy boom' dan jenis 'pop-pop'," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah tinggal di Kampung Makam Lama, Cabang Tiga kira-kira 12.30 tengahari semalam, kanak-kanak malang itu dilapor tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Kejadian turut mengakibatkan dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, cedera parah. Kedua-dua mereka kini dirawat di HNSZ.
- Bernama

0 comments:
Post a Comment