Saturday, August 21, 2010


Salam Eidulfitri - Rohisham Razali



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/08/salam-eidulfitri-rohisham-razali.html[/postlink]

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair…khusus buat warga kerja lpdn28, keluarga yang berada di Pasir Puteh, Kelantan dan Paka, Dungun Terengganu.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang mengenali diri saya. Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan kami atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’aala menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).

Anak ikan berenang di kali,
Cekal mengharung deras airnya;
Ramadan itu pergi tak kembali,
Syawwal hadir syukur ditanda.


Yang jauh di perantauan:
Rohisham Razali
Petronas Carigali Turkmenistan Sdn Bhd
Kiyanly, Turkmenistan

1 comments:

Anonymous , August 29, 2010 at 6:58 PM

isk2...
seddey la plok...

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3