Wednesday, September 15, 2010


Empat Rentung Termasuk Suami Isteri Dan Anak Selepas Kereta Rempuh Lori



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/09/empat-rentung-termasuk-suami-isteri-dan.html[/postlink]KUALA LUMPUR, 15 Sept - Empat orang, termasuk suami isteri dan anak lelaki mereka, rentung apabila kereta jenis Proton Persona yang dinaiki terbakar setelah terbabas dan melanggar bahagian belakang lori di Kilometer 394, Lebuhraya Utara Selatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, kesemua mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah di Kota Damansara setelah menghabiskan cuti sempena Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Azri Ismail, 27, yang juga pemandu kereta, isterinya Suzita Abu Bakar, 25, yang duduk di sebelah pemandu bersama anak mereka, Mohd Amar Haikal, berumur 25 bulan dan seorang lagi yang dipercayai rakan mereka, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, di tempat duduk penumpang belakang.

Jurucakap Trafik Selangor berkata kereta itu dipercayai dipandu laju dan tidak menolak kemungkinan pemandu memandu dalam keadaan mengantuk berikutan perjalanan yang jauh dari utara.

Difahamkan, mereka bertolak dari Alor Setar selepas Subuh dan ketika sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu itu hilang kawalan dan kemudiannya merempuh bahagian belakang sebelah kiri lori membawa muatan pasir yang sedang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan di rim tayar. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3