Batu Sapi jadi Kayu Pengukur Pakatan di Sabah
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/10/batu-sapi-jadi-kayu-pengukur-pakatan-di.html[/postlink]Selepas Sibu di Sarawak, kini Batu Sapi di Sabah akan menjadi kayu pengukur Pakatan Rakyat mengenai tahap sokongannya di dua negeri berkenaan yang memegang kunci kepada hasrat gagasan pembangkang itu menawan Putrajaya.
Kematian Ahli Parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah berusia 54 tahun dari Parti Bersatu Sabah (PBS) pagi tadi bererti Malaysia akan menyaksikan pilihanraya kecil ke 13 sejak pilihanraya umum lalu pada Mac 2008. Pada Mei lalu, Pakatan Rakyat, menerusi DAP membuat kejutan apabila merampas kerusi parlimen Sibu daripada Barisan Nasional, meskipun pelbagai imbuhan dan sogokan ditawarkan kepadan pengundi secara langsung dan tidak langsung.
Kemenangan itu menguatkan hujah bahawa Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mampu memberi saingan kepada Barisan Nasional di Sarawak, sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri, mahupun untuk kerusi parlimen.
Kini Pakatan Rakyat berpeluang menghantar mesej sama di Sabah menerusi pilihanraya kecil Batu Sapi yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Suruhanjaya Pilihanraya dimaklumkan mengenai kekosongan itu.
Chong terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sembulan-Tanjung Aru kira-kira jam 11.40 pagi tadi. Menurut pemerhati politik, Pakatan akan menghadapi laluan sukar di Batu Api, mungkin jauh lebih rumit daripada misi menawan Sibu.
Ini kerana Edmund, 54, yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) menang kerusi Batu Api tanpa bertanding pada pilihanraya umum 2004. Mendiang mengekalkan kerusi itu pada PRU 2008 dengan menewaskan calon bebas Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
Kempen Pakatan Rakyat di Sabah juga akan dijangka menghadapi kekangan sumber kewangan dan tenaga kerja, memandangkan gagasan itu kini berdepan dengan Umno-Barisan Nasional di pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan.
Kerusi itu menjadi kosong berikutan kematian Che Hashim Sulaiman yang membuat kejutan apabila menang dengan majoriti 646 undi pada pilihanraya umum 2008.
Galas adalah adalah dalam kawasan parlimen Gua Musang, yang dipegang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Tokoh veteran itu pagi tadi akur dengan desakan Umno supaya beliau menjadi Pengarah Pilihanraya Umno-BN untuk pemilihan itu.
Secara tradisi, kempen pilihanraya kecil digalas oleh Timbalan Presiden Umno.
Tetapi kali ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tanggungjawab itu kepada Tengku Razaleigh, malah mahukan kerabat diraja Kelantan itu menjadi calon demi “menjamin” Umno merampas kembali kerusi itu..

0 comments:
Post a Comment