Polis Tidak Wajar Menahan Adik Beng Hock Dan Rakan
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/10/polis-tidak-wajar-menahan-adik-beng.html[/postlink]SHAH ALAM 31 OKT: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim (gambar) berkata tindakan polis menahan adik dan rakan-rakan Teoh Beng Hock hanya akan merosakkan kredibiliti kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dan menjatuhkan imej institusi polis negara.
Pagi tadi, adik kepada Beng Hock, Teoh Lee Lan beserta tiga rakannya ditahan polis di Galas, Kelantan kerana didakwa menjalankan kempen dengan mengedarkan risalah semasa pilihan raya kecil Galas.
Kumpulan tersebut didakwa mengedarkan risalah di Galas untuk menuntut keadilan di atas kematian Beng Hock, 30, setiausaha politik bagi Ean Yong Hian Wah yang ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam.
Beliau menjelaskan keempat mereka sememangnya tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang dan beliau juga tidak memahami mengapa pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.
Disoal ada dakwaan parti MCA membuat laporan polis terhadap kehadiran adik mendiang Beng Hock . Kata beliau, jika benar ini merupakan satu tindakan yang amat tidak wajar sekiranya benar MCA) yang membuat aduan polis terhadap adik dan kumpulannya dan menyebabkan mereka ditahan.
"Saya merasakan tindakan polis boleh menjadi satu perkara yang akan dibenci oleh pengundi dan juga penduduk Galas sendiri," kata beliau
Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang ditemui media di perkarangan IPD Gua Musang berkata, tidak salah bagi badan bukan kerajaan (NGO) ingin bertemu menteri diluar kawasan Lembah Klang namun tindakan polis menahan keempat-empat mereka dianggap terburu-buru.
"Susah nak cari timbalan menteri. Ini bukan kali pertama NGO datang ke pilihan raya kecil.
"Semua orang tahu nak cari menteri susah itu sebab mereka datang," tambah beliau lagi.
Usaha keempat-empat individu tersebut mendapatkan sokongan menuntut keadilan hak asasi manusia dari pemimpin MCA itu diakhiri dengan kekecohan justeru ditahan polis hari ini.
Teo berkata, Barisan Nasional juga harus menyatakan kesediaan membantu keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapatkan keadilan justeru memberi ruang prosiding kes dilaksanakan secara saksama.
"Kita mahu bantu keluarga Teoh sahaja. Keluarganya berulang kali meminta bantuan parti politik lain. Mereka perlu sokongan dari BN," jelas beliau.
Sebentar tadi wartawan diarahkan polis keluar dari perkarangan IPD Gua Musang.
Sehingga kini masih belum diketahui status empat individu yang ditahan hampir 4 jam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat adik lelaki mendiang sebentar tadi, Superintenden Maszely dari cawangan IPD Bukit Aman terpaksa menangkap mereka atas alasan kedatangan kumpulan itu ke daerah Gua Musang tidak disenangi masyarakat justeru memberi jaminan akan dibebaskan setelah soal siasat selesai.
TVS News

0 comments:
Post a Comment