Thursday, November 4, 2010


Adun Sekinchan Dipukul Sekumpulan Pemuda UMNO



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/11/adun-sekinchan-dipukul-sekumpulan.html[/postlink]TANJONG KARANG 4 NOV : Adun Sekinchan,Ng Sue Lim dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai daripada pemuda UMNO di Kampung Kunci Air Buang di sini pada kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Jelas Ng Sue Lim, "Kepala saya dihentak dan masih sakit,tangan cedera , luka sedikit di bahagian pergelangan tangan,perut saya juga ditendang oleh pemuda Umno"

Menurut Ng Sue Lim yang dihubungi oleh TV Selangor beliau menjelaskan bahawa pejabatnya mendapat aduan bahawa petani-petani di Sawah Sempadan Tanjong Karang semalam mereka memanjangkan aduan terdapat masalah petani mengenai harga padi yang rendah iaitu RM 1,150 untuk satu tan untuk musim menuai ini,dan potongan harga yang terlalu tinggi iaitu 20 peratus potongan basah.

"maka pendapatan mereka terjejas dan hidup mereka dibebani maka mereka minta saya dengar rintihan dan mengaturkan satu dialog satu pertemuan di sawah sempadan di kunci air buang" katanya.

Ujar Ng Sue Lim lagi,"Dan berita ini telah tersebar dan polis datang, pemuda UMNO serta samseng-samseng pun datang dan apabila saya tiba pada 11.40 selepas saya turun daripada kereta bersalaman dengan tiga dan empat orang,saya terus dikepung oleh pemuda Umno itu dan mengarahkan saya balik yang mengatakan kawasan dia punya"

Katanya, "Saya dikepung oleh 30 orang samseng-samseng pemuda UMNO dan akhirnya saya dipukul,kepala saya dipukul dihentak dan tangan pun dipukul dan belum sempat saya buka kereta untuk masuk dan saya dipukul "

"Dan beberapa pegawai pemberita saya pun dipukul termasuk pegawai pembantu khas saya,"ujarnya lagi.

Ketika dihubungi Ng Sue Lim sedang membuat laporan kejadian berkenaan itu di Ibu Pejabat Daerah Kuala Selangor.

Tambah Ng Sue Lim lagi, "Saya sungguh kesal dengan kejadian ini kerana saya tidak sangka untuk mendengar masalah petani untuk dipanjangkan ke persidangang DUN Selangor pada 8 hb ,saya cuba kumpul data-data untuk kita utarakan masalah-masalah rakyat untuk diketahui oleh umum "

"Mereka terlalu takut (Noh Omar) perkara ini dibongkarkan dan diketahui oleh umum tentang masalah petani yang tidak dibela oleh Menteri Pertanian selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang,mereka takut perkara ini didedahkan dan menggunakan kekerasan saya" ujarnya lagi. - TVS News

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3