Boleh Serang Saya Tetapi Jangan Serang parti- Saifuddin
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/11/boleh-serang-saya-tetapi-jangan-serang.html[/postlink]PETALING JAYA 28 NOV : Boleh serang saya tapi jangan serang parti saya, tegas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail.
Bercakap dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR ke 7 di sini, Saifuddin menjelaskan beliau tidak kisah dituduh sebagai pengatur dan manipulator dalam Pemilihan 2010 bagi memenangkan 'orang-orang' tertentu.
Saifuddin menganggap PKR yang dianggotai hampir 400 ratus ribu ahli dari pelbagai latar belakang yang menarik.
"Saya tak boleh biarkan parti ini diserang, sebab saya hargai kepelbagaian watak dalam parti ini.
"Mana nak cari parti seperti ini, sebab itu Saifuddin boleh diserang tapi parti keadilan sekalipun tak boleh diserang," kata beliau.
Ahli Parlimen Macang dan tonggak reformasi itu dilihat sebagai antara pemimpin yang paling bewibawa dan tidak gemarkan kerenah berpolitik. Oleh kerana itu beliau diangkat menjadi Setiausaha Agung PKR dan tanggungjawab utamanya ialah menyusun pemilihan parti yang membabitkan hak mengundi untuk kira-kira 400,000 ahli.
Bagaimanapun segelintir individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim menyerang Saifuddin secara peribadi dalam cuba menghakis kredibiliti pemilihan berkenaan.
Saifuddin tegas mengatakan beliau akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Merujuk kepada barisan kepimpinan yang dipilih oleh akar umbi, beliau berkata mereka harus memastikan hala tuju parti sejajar dengan aspirasi ahli.
"Dari 20 MPP, 15 daripadanya adalah muka baru. Isyarat apa yang akar umbi hendak beritahu? Lapan daripada mereka juga di bawah 40 tahun...dan dua daripada Naib Presiden adalah wanita," kata beliau.
Saifuddin juga mengulas mengenai demonstrasi oleh kira-kira30 orang semalam diketuai oleh S. Kottapan. Beliau berkata parti mempunyai bukti salah laku displin bekas Setiausaha PKR Selangor itu dan akan mengambil tindakan susulan. - TVNews

0 comments:
Post a Comment