Monday, November 29, 2010


Kerajaan Tidak Hirau Undang-undang: Saman Ekor



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/11/kerajaan-tidak-hirau-undang-undang.html[/postlink]
KUALA LUMPUR 29 NOV: Kerajaan dibawah Kementerian Dalam Negeri bertegas akan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang tidak membayar saman ekor walaupun tindakan tersebut bertentangan keputusan mahkamah.

Jawapan itu diberikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika sidang Dewan Rakyat di parlimen hari ini.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Setiu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman berkata kegagalan pemilik kenderaan memberi respon terhadap kompaun yang dikeluarkan polis trafik menjadi musabab kementerian mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyekat cukai jalan diperbaharui.

Namun tindakan tersebut adalah bertentangan dengan perintah mahkamah menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

"Isunya kenapa pihak KDN khususnya PDRM meminta JPJ untuk menyenarai hitam mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tapi belum dibawa ke mahkamah?

"Mereka hanya diberi notis melakukan kesalahan, tidak dibawa ke mahkamah tapi terus dihukum tidak boleh memperbaharui cukai jalan. Perkara inilah yang dipersoalkan ramai orang," katanya dalam soalan tambahan pada sesi soaljawab di parlimen.

Beliau turut merujuk kepada kes dua tahun lalu di Kuching iaitu kes Lim Yew Chong melawan JPJ Sarawak di mana hakim mahkamah tinggi Sarawak memberikan hak Lim memperbaharui cukai jalannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz berkata, JPJ boleh mengambil tindakan menyenarai hitam selepas pemilik kenderaan tidak mengendahkan perintah mahkamah namun bukan sebelum arahan mahkamah dikeluarkan.

"Kalau tidak jawab di mahkamah baru senarai hitam. Perbuatan JPJ menghalang cukai jalan diperbaharui adalah salah," kata beliau mempersoal keputusan itu.

Menurut Wira, 15 juta saman ekor telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan dan berdasarkan Seksyen 17(1)D dan Seksyen 29, Akta Jalan Raya, JPJ dibenarkan untuk bertindak menyenarai hitam pemegang cukai jalan.

Alasan yang diberikan Wira itu berikutan respon yang tidak diterima daripada pemilik kenderaan selepas saman ekor dikeluarkan.

"Kalau pihak polis nak saman, terus samanlah, tapi jangan sekat pembayaran cukai jalan. Kalau sekat pemilik kenderaan untuk bayar cukai jalan, lagilah mereka memandu kenderaan mereka di jalan raya, lagi banyak masalah yang akan timbul.

"Kalau setiap tahun ada saman ekor ini, berapakah pendapatan kerajaan dan adakah saman ekor ini memberi satu kebaikan kepada pengguna jalan raya. Adakah pemandu akan lebih berhati-hati di jalan raya atau adakah lebih penambahan yang berlaku kepada pelangaran undang-undang?" soal Mahfuz lagi.

TVS News

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3