Wednesday, November 24, 2010


Skandal Scorpene: Najib Bakal Hadapi Siasatan Perancis



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/11/skandal-scorpene-najib-bakal-hadapi.html[/postlink]
SHAH ALAM 24 NOV: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan berhadapan siasatan meluas skandal rasuah pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene tidak lama lagi.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong dan John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Laporan itu mengfokuskan keputusan tidak jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli dua buah kapal selam tersebut walaupun ia tidak mempunyai kelengkapan petunjuk arah dan senjata dengan kos tinggi yang terpaksa ditanggung kementerian pertahanan dibayar kepada seorang pembekal.

Tulisnya, Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak membayar USD1 billion kepada DCNS untuk memesan kapal selam pada 2002.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai komisyen.

Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu itu dihangatkan lagi apabila wanita Mongolia, Altantuya Saaribu mendakwa dirinya teman wanita Abdul Razak Baginda dibunuh dengan peledak C4 pada Oktober 2006 ketika datang ke Malaysia selepas menuntut USD500 ribu hasil komisyen yang diperoleh ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam tersebut.

Razak Baginda bersama dua pengawal peribadi Najib didakwa melakukan pembunuhan namun Razak dibebaskan mahkamah dan mengasingkan diri di United Kingdom manakala dua pegawai polis itu dijatuhi hukuman mati.

Kini menurut Asian Sentinel siasatan rasuah yang akan dimulakan dengan memanggil Abdul Razak Baginda tidak lama lagi selain membawa individu-individu yang terlibat dalam konspirasi itu dibawa kemuka pengadilan.

Mungkin persiapan ke arah itulah menyebabkan pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.

Skandal itu turut melibatkan kepimpinan tertinggi Perancis termasuk Presidennya ketika ini, Nicholas Sarkozy disamping bekas Presiden negara itu, Jacques Chirac, bekas menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur.

Memetik laporan Asian Sentinel itu juga menyatakan peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karachi tahun 2002 akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac berikutan dakwaan kejadian tersebut berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Peguam berkata pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan pembatalan rasuah itu dicapai.

Beliau ingin memanggil Sarkozy memberikan keterangan namun menafikan dakwaan itu.

Sarkozy yang merupakan Menteri Belanjawan Perancis ketika itu menjual kapal selam yang dibina kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta. - TVS News

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3