Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/12/jika-tidak-halang-syabas-air-selangor.html[/postlink]SHAH 2 DIS : Sekiranya rakyat Selangor terus berdiam diri dan membenarkan diri diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura.
Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan.
"Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura," kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam.
Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh kerajaan persekutuan dan syarikat kroninya, SYABAS dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan.
Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan dari penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang.
"Saya bagitahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO SYABAS, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda dari gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu.
Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun.
Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu
untuk meraih keuntungan berlipat ganda.
"Hebat tidak hebat SYABAS ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di SYABAS," kata beliau.
Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada
kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini.
"Polis menangkap orang di kawasan masjd bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram kerana hendak sampaikan hasrat penduduk di negeri Selangor," tambah Mohamad lagi.
Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat.
"Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-Barisan Nasional menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,"katanya.
Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, SYABAS menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.
Malah SYABAS juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu.
"Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk hendak ugur rakyat negeri Selangor. Kata kalau kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan Rakyat tidak," tambahnya lagi. - TVSNews

1 comments:
Hmm kan tarif air berdsarkan plan kerajaan negeri Selangor sebanyak 12% kan? Tapi berapa lama tempoh yang diletakkan untuk mengenakan tarif tersebut? Apa yang saya baca dalam blog Khir, dia mengatakan tarif yang dikenakan oleh Syabas akan berakhir pada 2021 mengikut kontrak. Selepas itu harga air akan kembali seperti biasa. Bagaimana pula dengan plan kerajaan negeri Selangor?
Post a Comment