Khabar angin Nik Aziz sakit tenat fitnah
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/12/khabar-angin-nik-aziz-sakit-tenat.html[/postlink]KUALA LUMPUR, 8 Dis — Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof menafikan khabar angin bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sakit tenat. Menurut beliau dakwaan itu bukan sahaja tidak benar, sebaliknya berunsur fitnah.
Wan Nik berkata, Nik Aziz hanya kepenatan selepas menghadiri majlis besar dua hari berturut-turut, ditambah pula beliau belum berehat sejak pulang dari Mekah menunaikan haji baru-baru ini.
“Kerana itu beliau kepenatan. Dakwaan mengatakan beliau ke hospital malam tadi kerana sakit tenat dan dikejarkan dengan ambulans hanya palsu semata-mata,” kata beliau dipetik Harakah Daily.
Malah menurut Wan Nik, Nik Aziz menunaikan solat di Masjid Pulau Melaka sebagaimana biasa pagi tadi.
Wan Nik menjelaskan, beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar bahawa Nik Aziz menyatakan hasrat untuk ke pejabat hari ini sebagaimana biasa dan mempunyai dua majlis untuk dihadiri.
“Bagaimanapun, beliau dinasihatkan supaya berehat di rumah sahaja,” ujarnya.
Sehubungan itu, Wan Nik menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan jangan menelan bulat-bulat khabar angin tersebut. - malaysian insider

0 comments:
Post a Comment