Wednesday, December 15, 2010


Pesawat Ditahan Termasuk Anak PM ?



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/12/pesawat-ditahan-termasuk-anak-pm.html[/postlink]
JAKARTA 15 DIS : Sebuah pesawat sewa khas Malaysia yang membawa 81 penumpang termasuk anak kapal telah dilaporkan ditahan oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Lapangan Terbang Antarabangsa Djuanda, Surabaya petang semalam, kerana dikatakan gagal mendapat kebenaran untuk mendarat. Antara yang menaiki pesawat itu termasuk rombongan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isterinya, Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri serta ahli perniagaan dari Malaysia.

Walaubagaimanapun media negara ini tidak melaporkan antara penumpang di dalam pesawat yang ditahan itu turut membawa anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Portal berita Kompas.com memetik jurucakap TNI, Laksamana Pertama Iskandar Sitompul sebagai berkata pesawat jenis BAE 146-200 itu berlepas dari Dili, Timor Leste dan mendarat di lapangan terbang itu pukul 12.45 tengah hari ini.

Pesawat itu, bagaimanapun dibenarkan meneruskan penerbangan ke Malaysia selepas Kementerian Luar Indonesia memberi kebenaran untuk pesawat itu berlepas pada pukul 8.30 malam tadi.

Laporan itu juga menyebut pesawat itu sebenarnya sudah mendapat kebenaran memasuki ruang udara Indonesia tetapi ejen yang mengatur urusan penerbangan itu gagal mendapatkan kebenaran untuk mendarat di negara itu.

Pesawat itu dijadual mengisi minyak di Surabaya sebelum meneruskan penerbangan ke Malaysia, kata portal berita itu. - TVS News

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3