Tuesday, December 14, 2010


Video: Puncak Niaga Pecat Anak Peneroka Felda



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/12/video-puncak-niaga-pecat-anak-peneroka.html[/postlink]SHAH ALAM 14 DIS : 12 bekas kakitangan Puncak Niaga, termasuk anak peneroka Felda, mengadakan tunjuk perasaan hari ini membantah tindakan syarikat itu memecat mereka dan lima yang lain tanpa sebab munasabah.

Keluarga pekerja terbabit menghadapi masa depan tidak menentu, dihimpit beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung untuk musim persekolahan anak-anak mereka yang akan bermula tidak lama lagi.

Sejak awal pagi, 12 pekerja terbabit berkumpul di hadapan Wisma Rozali Seksyen 13 Shah Alam bagi menyuarakan hak mereka dan menuntut keadilan.

Mereka memegang sepanduk ditulis 'Kami Dianiaya, Maruah Kami Tercalar' dan 'Kera Dihutan Disusukan,Pekerja Puncak Niaga Diberhentikan' sambil mendesak Pengerusi Puncak Niaga Tan Sri Rozali Ismail menarik balik tindakan kejam memecat mereka.

Sebilangan daripada pekerja yang dipecat adalah anak peneroka Generasi Baru Felda. Seorang lagi kakitangan adalah anak bekas Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan.

Selain memimpin Syabas dan Puncak Niaga, Rozali adalah Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda dan menggelar dirinya sebagai pejuang nasib peneroka Felda.

Antara yang dipecat oleh Puncak Niaga adalah Yusaini Abdul Malek, seorang anak peneroka Felda. .

"Saya macam rakan-rakan yang lain, diberi notis 24 jam terus untuk tinggalkan premis, Saya rasa kecewa dan rakan saya senasib dengan saya. Kononnya anak felda diuar-uarkan dalam Televisyen dan surat khabar tetapi nasib kami tidak terbela," kata Yusaini.

Azman Ahmad yang juga dipecat, buntu memikirkan bagaimana untuk menyara keluarganya.

"Kesan dari itu saya mengalami trauma dan kehidupan saya tidak teratur sebab saya ramai tangungan yang masih perlukan perbelanjaan. Saya mengunakan simpanan saya tetapi berapa lama saya mampu bertahan. Saya terpaksa menangguhkan ibadah haji saya. Duit saya habis hanya untuk meneruskan kehidupan," kata beliau dalam sebak.

Mahfuzah Kaharuddin hadir pada tunjuk perasaan ini untuk membantah tindakan Puncak Niaga memecat ayahnya sehingga keluarga mereka hidup dalam keadaan terdesak.

"Ayah tidak bekerja sudah dua bulan,makan di rumah tidak cukup kadang-kadang emak yang keluarkan duit perbelanjaan. Kalau ayah terus tidak bekerja memang susahlah," kata beliau.

.Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam, Sivarajan Arumugam berkata 15 daripada 17 pekerja itu dipecat dalam tempoh 24 jam, tanpa diberi sebarang peluang untuk membela diri.

"Ini merupakan satu tindakan yang sangat kejam kerana 15 pekerja yang dipecat ini dengan notis 24 jam. Mereka tidak diberi peluang untuk membentangkan kes mereka, kata beliau

Sivarajan mendakwa pekerja terbabit melepasi kelulusan penilaian prestasi kerja tetapi markah itu diubah suai kemudian tanpa pengetahuan mereka.

"Yang teruk sekali mereka diberikan notis 24 jam dan diarah keluar dari bangunan tempat kerja dengan diiringi oleh polis bantuan," kata beliau"

Beliau mendedahkan notis pemecatan mereka bertarikh 19 Oktober 2010 namun surat itu hanya diserahkan kepada mereka dua minggu kemudian.

Semua pekerja teraniaya ini memfailkan kes mereka kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan. Kes mereka akan didengar pada 21 Disember ini.

Mereka yang dipecat merangkumi 4 kakitangan bukan eksekutif, 6 kakitangan eksekutif dan 5 kakitangan pengurusan. Mereka berkhidmat dengan Puncak Niaga antara lima hingga 15 tahun.

Sebelum dipecat ada antara mereka diarah menghadiri sesi kaunselling atas alasan yang samar.

Namun kaunseling itu hanya berbentuk sesi temubual biasa dan tiada sebarang teguran displin diajukan kepada pekerja terbabit.


0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3