Friday, January 7, 2011


Dakwa Rais rogol: Mengapa sekarang ditimbulkan, soal PM



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/01/dakwa-rais-rogol-mengapa-sekarang.html[/postlink]
PUTRAJAYA, 7 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan kesangsian dengan dakwaan pihak tertentu bahawa anggota Kabinetnya Datuk Seri Dr Rais Yatim telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia, tiga tahun lalu.

Sambil meminta agar menghentikan spekulasi mengenai kes itu, Najib mempersoalkan mengapa isu itu dibangkitkan secara tiba-tiba baru-baru ini walaupun insiden tersebut didakwa berlaku tiga tahun yang lalu.

“Dalam apa jua kes, kejadian berlaku pada 2007. Persoalan ialah mengapa sekarang?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Kata beliau, seseorang itu tidak wajar diadili melainkan siasatan sewajarnya telah dijalankan.

Sehubungan itu, Najib menggesa semua pihak agar berhenti daripada membuat spekulasi memandangkan Rais (gambar) sudah pun memberi respons terhadap dakwaan itu.

“Beliau sudah pun membuat kenyataan. Beliau berpegang pada kenyataannya dan beliau sanggup untuk disiasat, jadi biarkan proses siasatan dijalankan,” kata beliau.

Dalam kenyataannya kelmarin, Rais, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menafikan alegasi kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya.

Beliau berkata “alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

“Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara,” katanya.

Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3