Tuesday, January 4, 2011


Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2011/01/harga-petrol-ron97-naik-10-sen-lagi.html[/postlink]

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

“Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter. Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.


1 comments:

azman kamarul , January 4, 2011 at 8:49 PM

Tak apa hnaik lah harga minyak dan barangan lain..umno dan pemimpin gila mereka akan menang lagi dalam piihanraya umum nanti kerana dalam negara ini masih terlalu ramai "orang yang redha disembelih hidup-hidup.

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3