MB Kedah Mengadap Sultan Berhubung Kedudukan ADUN Lunas
Bercakap di satu sidang akhbar bersama Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim di Wisma Darul Aman, Azizan berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakan Mohd Radzhi termasuk pilihan raya kecil. Mohd Radzhi, yang dilantik memegang portfolio Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia selepas memenangi pilihan raya umum tahun lepas, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas hari ini atas alasan kononnya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.
Mohd Radzhi berkata dia tidak akan melepaskan jawatan Exco. Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Radzhi bertindak keluar dari PKR setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah disiplinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Radzhi sebelum ini telah dinasihatkan supaya meletakkan jawatan kerana beliau mempunyai masalah disiplin serta masalah dengan isteri keempatnya.
Ketua Umum Pakatan Rakyat juga menambah bekas Adun PKR bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan. Radzhi juga dilaporkan telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid dalam cubaan UMNO Barisan Nasional membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar juga mendedahkan sebilangan adun sejak beberapa bulan lalu mengadu dipujuk Radzhi untuk lompat parti dengan tawaran yang lumayan./TV Antara
0 comments:
Post a Comment