Monday, August 24, 2009


Wanita Pertama Di Malaysia Yang Disebat Kes Minum Arak



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2009/08/wanita-pertama-di-malaysia-yang-disebat.html[/postlink]Posted By: KP>>>
Model Sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, bakal menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak. Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai. Beliau di tahan di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ. Semoga hukuman ini menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam yang sewenag-wenangnya melanggar perintah agama. Dalam pelbagai spekulasi dilemparkan ekoran hukuman tersebut, namun Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus mendapat pujian ramai kerana keberanian beliau di kala pemerintah UMNO BN yang tidak pedulikan perkara agama. Diharapkan pada masa akan datang, hakim-hakim syarie di negara ini berani menjatuhkan hukuman mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3