40 peratus tanah Kg Baru untuk Bukan Melayu bukti Umno pengkhianat
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/40-peratus-tanah-kg-baru-untuk-bukan.html[/postlink]Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menolak cadangan Kerajaan Umno-BN memberikan 40 peratus pemilikan hartanah yang bakal dibangunkan di Kg. Baru kepada bukan Melayu (termasuk pelabur asing). Ini adalah satu tindakan yang jelas menghina hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan, dimana Kg. Baru selama ini diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.
Pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu kini bakal berlaku lagi di Kuala Lumpur dan DPPWP tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
Penduduk Kg. Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kg. Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan. DPPWP tidak sanggup melihat anak-anak Melayu duduk berhimpit-himpit dirumah flat yang bakal dibangunkan Kerajaan sambil melihat mereka yang bukan Melayu menguasai 40 peratus hartanah disekeliling mereka.
Jika melihat pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 untuk Kg. Baru, pemilik dan waris-waris Kg. Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan ini akan dibenarkan menyewa atau memiliki rumah-rumah flat model baru yang akan dibangunkan di Kg. Pindah dan kg. Paya. Kampung-kampung lain pula akan didirikan rumah kondominium dan premis perniagaan, manakala Kg. Masjid akan dijadikan sebuah taman.
Berdasarkan pengiraan kasar, 60 peratus hartanah yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah melibatkan Kg. Pindah dan kg. Paya (rumah Flat serta Kg. Masjid (Taman Rekreasi). Tiga kampung ini mewakili 40 peratus, baki 20 peratus lagi adalah Kampung Periok Sebahagian Kampung ini telah diambil kerajaan untuk membina jalan raya dan sebahagiannya lagi adalah tanah Kelab Sultan Sulaiman).
Baki 40 peratus yang akan diberikan kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing selepas dibangunkan adalah sekitar Kg. Atas A, Kg Atas B, dan Kg Hujong Pasir. 3 Kampung ini akan menjadi kawasan kondominium dan perniagaan utama.
keluasan Kg. Baru kini adalah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian hartanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan pertanian, RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan (komersial).
Apa yang menjadi kerisauan penduduk, majoriti geran tanah yang mereka miliki adalah bagi tanah kediaman dan pertanian dibawah peruntukan tanah rizab Melayu. Ini bermakna, tanah-tanah mereka akan diambil oleh kerajaan dengan nilai RM 270-RM300 perkaki persegi sahaja.
Kerajaan juga bakal mengunakan kuasa mereka bagi menukar status tanah berkenaan setelah dibeli dari penduduk kepada tanah komesial dan ini akan memberikan untung ‘atas angin’ kepada pihak berkepentingan kerana nilai tanah komersial disekitar Kg. Baru kini berharga RM 1000-RM 4000 perkaki persegi.
DPPWP menemui beberapa penduduk yang telah menjual hartanah mereka secara persendirian dan mereka mengatakan bahawa mereka mendapat tawaran sekitar RM 1000-RM 4000 perkaki persegi dan harga itu jauh lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan.
Inilah sebab kenapa penduduk sukar menerima pelan pembangunan ini. Dan Umno berusaha keras memujuk penduduk supaya mereka mengadaikan tanah mereka dengan harga murah. Malah pakej rumah Flat turut ditawarkan bagi mengelabui mata penduduk.
DPPWP berharap Kerajaan menarik balik cadang membuka pemilikan 40 peratus hartanah Kg. Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing kerana di Kuala Lumpur ini hartanah milik orang Melayu semakin susut dibawah pentadbiran Umno-BN.
DPPWP juga mahu Kerajaan menawarkan harga tanah komersial kepada semua pemilik hartanah di Kg. Baru memandangkan tujuan kerajaan membeli dan membangunkan tanah mereka nanti adalah untuk tujuan komersial.
DPPWP juga mahu anak-anak Kg. Baru bersatu dalam membuat tuntutan kepada kerajaan kerana kita tidak mahu melihat mereka menang sorak, kampung tergadai.
DPPWP juga mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato’ Raja Nong Chik menghormati ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali yang dipilih rakyat dalam menguruskan isu pembangunan Kg. Baru.
Beliau sepatutnya diberikan hak untuk bersuara dalam perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah Kg. Baru pada Sabtu lepas. Tindakan Menteri Senator yang menafikan hak beliau baru-baru ini tidak menepati tema program itu sendiri kerana Dr. Lo’Lo bukan sahaja hadir sebagai ahli parlimen, tetapi sebagai wakil kepada pemilik tanah yang beliau jadikan pejabat sekarang.
Pejabat ahli Parlimen Titiwangsa terletak di Kg. Masjid, dan beliau berhak untuk tahu apakah yang Kerajaan tawarkan untuk tanah yang didudukinya sekarang.
DPPWP mendesak Menteri Senator ini meminta maaf diatas kebiadapannya itu. Tanah-tanah Kg. Baru bukan dimiliki oleh orang Umno sahaja. Ini bukan soal jual tanah parti, tapi ini adalah soal jual beli tanah rakyat dan orang Melayu.
Umno yang bangga mengatakan mereka pejuang Melayu harus menunjukan sikap mereka dalam mempertahankan tanah Kg. Baru dari dijual kepada orang bukan Melayu dan pelabur asing.
DPPWP yakin bahawa Umno-BN serius membangunakan Kg. Bharu. Mereka hanya mahu gadaikan Kg. Bharu. Lihat sahaja kepada Projek Puncak Baru yang dilancarkan Tun Abdullah pada 2008. Sudah dua tahun berlalu namun penduduk Kg. Baru tidak melihat apa-apa projek pun dibuat ditanah itu sekarang.
Kerajaan tidak ada duit. Mereka hanya mengharap pada GLC seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad. GLC ini akan mengunakan modal mereka kemudiannya mencari untung dengan menjual hartanah Kg. Baru kepada pelabur asing dengan harga berkali ganda.
Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 comments:
Post a Comment