Monday, May 31, 2010


Liwat II: Saiful nafi plastik disumbat ke duburnya



[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/liwat-ii-saiful-nafi-plastik-disumbat.html[/postlink]

Perbicaraan liwat II membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguamnya, Karpal Singh sekali lagi memohon mahkamah bagi membekalkan pihaknya dengan senarai saksi.

Menurut Karpal pihaknya telah menghubungi pemilik kondominium di mana pengadu yang juga saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa tempat dia diliwat, tetapi gagal menghubunginya.

"Kami perlukan bantuan daripada pihak pendakwaan. Saya pasti dia (pemilik kondo) itu juga akan dipanggil (sebagai seorang saksi).”

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa berkata beliau hanya mengetahui berhubung permohonan senarai saksi pendakwaan telah dibuat hari ini.
Ketika disoal-balas Karpal, Saiful menceritakan bahawa ayahnya bercerai dengan ibunya semasa dia berada di darjah satu.

Karpal yang berkerusi rodak kemudian bertanya mengenai adik perempuan Saiful - Saidati yang dikatakan mengikut seorang lelaki dan berkahwin di Thailand.

Beliau kemudiannya menyemak semula keterangan awal Saiful mengenai perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rodwan Mohd Yusof (ketika itu pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang sekarang ini Ketua Polis Melaka) dan bekas olahgarawati negara, Mumtaz Jaafar yang merupakan sahat akrab isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Saiful sama ada Najib, Mumtaz, Rodwan, Ezam ada membuat laporan polis berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Anwar. Saiful menjawab dia tidak tahu.

Pertikaman lidah berlaku antara Karpal dan Mohd Yusof apabila peguam utama Anwar itu berhujah Najib dan yang lain boleh diheret ke mahkamah kerana tidak membuat laporan polis berhubung dakwaan Saiful (kiri) diliwat.

"Di bawah Seksyen 13, Kanun Prosedur Jenayah, adalah satu prosedur bagi seseorang untuk membuat laporan polis. Jika ini tidak dilakukan, ia adalah satu kesalahan mengikut sekyen 202, Kanun Keseksaan,” kata Karpal.

Karpal kemudianya bertanya kepada Saiful berhubung acara mengangkat sumpah yang dilakukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, beberapa hari sebelum hari peenamaan calon pilihan raya kecil Permatang pauh yang ditandingi oleh Anwar, dua tahun lalu.

Pada acara itu, Saiful menjunjung al-Quran di hadapan seorang iman sambil mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Dia menafikan acara mengangkat sumpah itu sesuatu yang dirancang dan berkata dia memang berhasrat melakukannya lebih awal.

Yusof pula kemudiannya bertanyakan Saiful berhubung pengalamannya di Hospital Pusrawi, tempat pertama yang dilawatinya untuk menjalani ujian perubatan.

Saiful menafikan pernah berkata plastik dimasukkan ke dalam duburnya.

“Saya juga tidak pernah berkata perkara seumpama itu kepada doktor atau polis di Hospital Kuala Lumpur.”

Saksi itu juga berkata bahawa Ezam dan Mumtaz agak keberatan membuat laporan polis kerana bimbang masa depannya terjejas.

Saiful kemudiannya dibebaskan daripada kandang saksi tetapi boleh dipanggil semula oleh Karpal pada masa yang sesuai sepanjang perbicaraan itu.

0 comments:

Post a Comment

 

Bottom 1

Bottom 2

Bottom 3