Churchill, Najib dan Mugabe
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/churchill-najib-dan-mugabe.html[/postlink]Biarpun ditawarkan dengan RM 5 juta, pengundi Sibu tetap membalas dengan tamparan sengit kepada Perdana Menteri Najib Razak, apabila memberikan kemenangan kepada DAP-Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.
PRK Sibu telah melabuh tirai. Tetapi kes rasuah "You help me, I help you" baru sahaja dibuka tirainya. Ucapan ini bukan sahaja berbau rasuah, malah memperlihatkan keangkuhan pemimpin ini.
Dari ucapannya, jelas Najib langsung tidak berniat untuk menjejak Sibu. "Saya langsung tak perlu datang ke sini... Ini bukan tempatnya PM harus datang." Sekiranya kandungan ini bukan bermakna "memperlekehkan", maka kita perlu menyunting kamus yang baru.
Paling menjijikan, apabila Najib menarik undi dengan satu nada yang tidak serius, selaku seorang PM. Apabila beliau menyebut, "Let's make a deal", dan "you help me, I help you", ia seolah-olah nada ketika seorang bos bercakap dengan orang bawahannya.
Semasa menambahkan peruntukan dari RM3 juta hingga RM5 juta, Najib berlagak seakan-akan wang cukai rakyat boleh digunakan bagai wang kertas dalam permainan jutawan. Perutukan dana ditabur begitu sahaja, tanpa sedikit rasa hemah, malah tiada kajian terhadap angka ini, sama ada projek ini benar bernilai sedemikian.
Tindakan menyogok pengundi secara terbuka dengan RM 5 juta, membuktikan bahawa darah yang mengalir dalam tubuh badan Najib masih berbau feudalisme. Beliau sedikit pun tidak menganggap bahawa rakyatnya bermaruah. Untuk Najib, undi hanyalah pulangan amalan politik patronage, dan beliau melihat pengundi sebagai modalnya.
Tetapi ada benarnya apabila Najib berkata kempen BN kurang kreatif berbanding Pakatan Rakyat. Undi Cina agak sukar dipikat, maka berjuta dan berpuluh juta wang ringgit disogokkan. Sebaliknya, undi bumiputera yang dilihat sebagai "undi besi", disogok dengan harga yang lebih rendah. Setiap orang hanya mendapat RM600, malah RM10 ribu atau RM20 ribu diberikan kepada tuai rumah untuk membereskan puak kaumnya.
Malah, sesetengah orang tempatan diperalatkan untuk menghalang pembangkang daripada memasuki kawasannya. Inilah strategi BN dari dulu hingga sekarang. Satu-satu bezanya, pengundi Cina tidak termakan umpan kali ini.
Spin-doctoring
Cuba bayangkan, seandainya pengundi Cina menerima rasuah secara terang-terang ini, apakah kesan negatifnya terhadap perhubungan kaum dalam Sarawak dan seluruh Malaysia? Orang Cina bernilai puluhan juta, bumiputera pula hanya saki-bakinya. Bukankah ini memperkukuhkan stereotype selama ini? Seandainya dibiarkan BN untuk meneruskan dasar pecah dan perintah sebegini, sehingga rasuah pun boleh jadi berat sebelah. Apakah masa depan negara ini?
Peruntukan sedemikian yang hanya diberikan semasa pilihan raya, malah tanpa pertimbangan wajar, tidak mengira prinsip ekonomi dan efisiensi, membuktikan bahawa kerajaan selama ini hanya memegang pangkat tanpa berbuat apa-apa. Lebih-lebih lagi, apabila kerajaan ini telah membiasakan diri dengan pujaan media arus perdana, masih gagal menyesuaikan diri dengan perubahan minda rakyat secara tiba-tiba.
Maklumlah mengapa biarpun ditewaskan bertalu-talu, pemimpin BN masih tidak faham apa kemahuan pengundi, yang sebenarnya berbunyi dasar yang adil, politik yang bersih dan kerajaan yang efisien.
Arus media perdana (bahasa Cina khususnya) kini cuba membentuk imej Najib sebagai "pembawa perubahan". Rencana cuba menjurus kepada "UMNO boleh ditolak, tetapi bukan Najib", selari dengan retorik MCA "jangan tersilap apabila mempersalahkan orang lain". Ini adalah spin-doctoring politik. Seandainya audien termakan dengan rencana sebegini, maka proses pendemokrasian negara akan mengundur.
Mujur, daripada keputusan PRK Sibu, meskipun pengundi membaca Borneo Post, See Hua Daily News dan Sinchew Daily, tetapi kebijaksanaan politik mereka tidak terjejas. Cuma, saya secara peribadi menaruh harapan kepada pemimpin gereja, seandainya ditawarkan peruntukan, mereka akan memperingatkan penyogok, "Kami mengalu-alukan peruntukan dana yang wajar dan halal. Tetapi, biarlah selepas pilihan raya, dan bukannya semasa tempoh berkempen."
Seandainya inilah pendekatannya, maka ia akan menonjolkan kematanganan politik pengundi, dan keadilan yang didukung dalam agama.
Perdana Menteri Britain Winston Churchill berjasa dalam menumpaskan Nazi Jerman. Tetapi beliau ditolak tanpa belas kasihan oleh pengundi dalam pilihan raya pertama selepas peperangan. Beliau tidak melatah, malah berusha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk menewaskan Parti Buruh selepas lima tahun.
Sebaliknya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe juga melabel dirinya sebagai reformis pada peringkat awal beliau memegang tampuk pimpinan. Namun, untuk menangkis cabaran pembangkang, Mugabe telah merosakkan sistem kehakiman, menggunakan segala cara yang kotor untuk mengekalkan kuasa dirinya. Akhirnya, Zimbabwe yang pernah seketika menjadi negara yang terkaya di Afrika, mengalami keranapan sistem ekonominya.
Sememangnya Najib bukanlah Winston Churchill. Selepas keajaiban PRK Sibu, tindak tanduknya akan diteliti, sama ada sistem politik, kehakiman dan ekonomi akan terus di- Zimbabwe-kan! - Merdekaeview

0 comments:
Post a Comment