MEMORANDUM- ISU PELESENAN JUDI BOLA SEPAK DAN SUKAN
[postlink]http://lpdn28.blogspot.com/2010/05/memorandum-isu-pelesenan-judi-bola.html[/postlink]
24 MEI 2010
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan penuh takzimnya patik sekalian merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku
MEMOHON PERKENAN KEBAWAH DULI TUANKU RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MEMBATALKAN LESEN PERJUDIAN SUKAN BOLA SEPAK (SPORT BETTING) PIALA DUNIA 2010
Patik sekalian mewakili semua 23 Ahli Parlimen Parti Islam SeMalaysia dari Pakatan Rakyat dengan penuh takzim ingin merafa’ sembah mengenai isu perlesenan judi bola sepak Piala dunia oleh kerajaan Malaysia kepada Kumpulan Berjaya.
Ampun Tuanku,
Pemberian lesen perjudian sukan bola sepak (sport betting) Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sangat memalukan. Perkara yang menggemparkan seluruh rakyat, khususnya umat Islam kini telah menjadi satu krisis besar yang telah pun menyaksikan pelbagai pihak daripada kalangan ulama’, badan politik dan badan-badan bukan kerajaan serta seluruh rakyat awam, membuat pelbagai bantahan dan demonstrasi di negara ini.
Pemberian lesen perjudian ini, seolah-olah menunjukkan semua perjudian berlesen yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN sebelum ini seperti Agensi Nombor Ramalan (NFA) sebanyak 6 syarikat dengan 3 kali cabutan dan satu cabutan khas seminggu tidak cukup untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Sangat memalukan apabila kerajaan bergantung penambahan pendapatan negara melalui kegiatan dari sumber hasil perjudian. Pemberian lesen perjudian sukan bola sepak (sport betting) ini akan terus mencabar kesucian Islam, sebagaimana diperuntukan oleh Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kedudukan semua agama serta maruah Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.
Semua agama melarang akan amalan judi kerana impak buruk dan kemudaratannya, tambahan kalau ia dilesenkan dan diurusniagakan sebagai satu perniagaan yang serentak mendapat perlindungan undang-undang.
Patik sekelian Ahli Parlimen dari PAS, merasakan lebih berat lagi untuk segera mengadapkan isu ini Kebawah Duli Tuanku, tatkala hujjah yang diberikan oleh kerajaan BN dalam meluluskan lesen judi sukan ini dengan menggunakan rasional kegagalan menghalang kegiatan sindiket judi sukan tanpa lesen, lalu dijadikan sebab untuk di’halalkan’ dan dilesenkan adalah cara berfikir dan hujjah paling bahaya dan mengaibkan intelek rakyat yang berpelajaran.
Tidak dapat dibayangkan rakyat umum hari ini, apakah lagi yang bakal dihalalkan ketika kerajaan gagal menghentikan perkara yang haram dan terlarang dek agama Islam. Lebih mengejutkan lagi ketika hujjah yang diberikan adalah supaya semua pendapatan hasil judi tanpa lesen ini akan dapat kepada kerajaan, yang melibatkan urusniaga berjumlah tak kurang dari RM850 juta sehari ini mengikut laporan Mayban Securities sedikit waktu dahulu dan berlipat-ganda dua kali ketika musim Piala Dunia nanti.
Namun amat meleset penghujjahan ini, ketika rakyat mengetahui bahawa yang diberikan lesen hanyalah kepada satu syarikat yakni Kumpulan Berjaya, maka amat munasabah untuk meramalkan bahawa semua yang beroperasi secara sindiket akan terus menjalankan kegiatan judi mereka dan ini telah pun disahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman yang memperakui akan kewujudan sindiket perjudian sukan bola sepak Piala Dunia 2010 yang telah pun memulakan operasi awalnya pada masa ini dan tenyata dakwaan kerajaan sebelum ini adalah meleset.
Ampun Tuanku
Yang paling ditakuti Patik-patik Ahli Parlimen PAS dari Pakatan Rakyat ini adalah kesan buruk dan impak sosial yang bakal terus melanda rakyat bukan sahaja ketika musim Piala Dunia, bahkan semua pertandingan bola sepak dan sukan berprestij. Ini juga akan mengakibatkan rasuah di kalangan pemain bola sepak dan sukan yang lain sekaligus menjatuhkan mutu dan integriti sukan negara.
Pada sifat perjudian ini, yang tegasnya akan membawa pelbagai kesan buruk kepada umat manusia seperti termaktub dalam ayat-ayat Surah Al-Baqarah:219 yang bermaksud,
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”
dan Al-Maidah:90 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkorban untuk) berhala, dan tenung nasib dengan anak panah, adalah perbuatan (keji) dan termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.”
dan ini akan menjadikan kebejatan sosial lebih teruk lagi kepada rakyat Tuanku.
Rakyat akan terus miskin kerana berjudi untuk menjadi jutawan segera, sementara yang kaya adalah kroni pemilik lesen judi dan suku sakat elit politik yang mengharapkan pendapatan ‘haram’ yang tidak berkat itu. Kesan berantai seperti kebrentakkan rumah-tangga, gejala meminjam kepada along, peningkatan kadar jenayah akibat hilang pendapatan seperti ragut, curi dan rompak akan menjadi lebih parah lagi.
Ampun Tuanku
Atas sifat, kedudukan serta kapasiti Tuanku selaku kuasa yang menaungi kesucian Agama Islam dan semua penganut agama lain di negara ini, samada di peringkat Pusat mahupun negeri, maka Patik-Patik Ahli Parlimen PAS, merafaq sembah Ke Bawah Duli Tuanku agar segera bertindak dalam lunas-lunas peruntukan Perlembagaan Persekutuan agar menitahkan Memanda Perdana Menteri segera membatalkan kelulusan lesen sukan Bola Sepak (Sport Betting) demi kepntingan agama, rakyat dan negara.
Besar harapan kami agar Tuanku menggesa semua ulama dan institusi islam serta pemimpin-[peminpin agama lain untuk mendidik rakyat agar membenci judi dan terus mentaati agama dan hidup dengan bermaruah dalam memastikan sumber pendapatan halal, tayyib dan berkat. Pegangan agama yang kukuh dan menghayati Islam serta nilai-nilai agama pastinya akan menjauhkan umat serta rakyat dan negara dari kancah kebinasaan judi dan keruntuhan moral.
Ampun Tuanku
Maka adalah dengan hortmat takzimnya patik sekalian akhiri warkah memorandum yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas berkenan memberi perkenan kepada permohonan patik sekalian.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku.
Sumber
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
MEMORANDUM
ISU PELESENAN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA
DIPERSEMBAHKAN KEPADA
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU,
MALAYSIA
MERAFAK SEMBAH DARI
AHLI AHLI PARLIMEN PAS

0 comments:
Post a Comment